^ About Me, My Life, My World, My Love ^


1234 – Plain White T’s Music Code

i'm not a gud person..i'm oso not a bad guy..
if u noe me better.den u'll noe me more..
i wil b gud if u gud to me..
n i wil b more bad if u bad to me..
im Deggie Terbee..my birth date is 17 january 1990..im purely iban from Lundu..im a god lover.i love my God and proud to be Christian.Jesus Christ..


i love my dear so much..she iz my everything..miz u so much dear..my lif3 is so wonderful wif u..we start couple on 9 may 2010..hopely our relationship will be long last,..
♥ sandra mitz ♥


24 Mar 2010

Cinta 3 Segi Story Novel Part 3

saat semua perkara terbongkar telah tiba…di sudut status..di laman social..terpampang mengatakan dalam perhubungan..si dia dan orang ketiga….

Hatiku yang baru saja pulih dari kekecewaan..mula luka berdarah..perasaan pedih yang teramat..berat hatiku menerima kenyataan yang si dia mempunyai hubungan dengan orang lain….
Dalam kekecewaan itu..aku cuba untuk menguatkan semangat dan berusaha untuk mencari jalan agar hubungan kami tidak berakhir begitu sahaja..

Di saat ku menelefonnya..itu la kali pertama ku dengar suara tangisannya..tergamam sebentar aku..
“siapa orang itu?..kenapa status bertukar ke tangan orang lain?’
“urm..biarkan saja..ku tanggung semuanya.’

Mendengar kata katanya, fikiran ku mula bercelaru..
Adakah kesalahan ini pada sesiapa diantara kami…hendakku marah padanya..ku fikir fikir semula mengapa harus dia tanggung semuanya…
Pelbagai persoalan yang timbul bermain di minda ku…
Hendak ku menunding padanya..hatiku merasa ada sesuatu yang tidak betul..

Hari berganti malam bertukar..aku cuba berfikiran matang.berubah demi hubungan yang ku pertahankan..perkuatkan hatiku yang terasa dilukai..tanpa kusedari air mata ku jatuh ke pipi…ini lah kali pertama hatiku merasa teramat kecewa..

Suatu hari, ku cuba menghubunginya…
Suaranya berubah..garau dan tidak kedengaran jelasnya bagai orang yang sakit tekak..
nadanya sayu..lemah dan tidak bermaya…

“ku minta maaf..ku tak sengaja melakukan semua ini..aku tahu perbuatan aku ini telah melukakan hati mu…memang aku yang bersalah dalam hal ini..aku ingat semua lelaki tidak sayang akan pasangannya..tapi..ternyat
a tidak..kamu menyayangiku sejujurnya..”..

“haruskah aku diperlakukan sebegitu..apakah salahku sampai kamu mencari orang lain”..
“tidak.tidak..kamu salah..sebenarnya..aku dan dia sudah lama menjadi pasangan kekasih..sebelum aku mengenali kamu…tapi..sejak kita kenal..aku merasa cintaku pada kamu lebih dalam dari dia.”..
“habis?..mengapa harus dia”
“ya..aku yang bersalah…aku bersalah pada kamu…biarlah ku menanggung semuanya…biarlah ku memperbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang ku lakukan..”

Mendengar kata katanya itu…..hendak ku lepaskan rasa marah, namun aku cuba untuk mengawal diriku…aku tidak menyangka yang segala pengorbanan cintaku di permainkan..kesetiaan.kepercayaan..semuanya hilang begitu saja..

“kalau aku lebih dicintai berbanding si dia..mengapa harus dia..mengapa harus dia di dalam hidup kamu”
“.aku terpaksa..aku tidak mahu melukakan sesiapa.biarlah ku menanggung semua kesalahan yang ku lakukan…
“ok la..kalau itu keputusan kamu..demi kebahagian kamu…demi kamu..aku lepaskan kamu..biarlah hatiku berat melepaskan kamu..aku terpaksa..ku hanya berdoa agar kamu bahagia…”..
“………..

Tangisan yang ku dengar…suara yang ku rindu..semuanya berlalu begitu saja….pedih yang tak terhingga…

~END~

Cinta 3 Segi Story Novel Part 2

Kebahagian yang dialami penuh dengan kasih sayang..walau sering berjauhan.namun hati tetap merindui insane tersayang…berbulan bulan menjadi pasangan kekasih..tiada terlintas difikiran aku untuk mengalami kejadian yang bakal menimpa…

“kenapa ni..macam ada sesuatu yang mengganggu fikiran dear..ada apa apakah?”
“urmm…”
Saat yang diduga mula bermain di fikiran..doa sering mengiringi segalanya..dan tanpa sebarang niat, aku mula untuk lebih mendekatinya..perkara yang pertama dimana pilihan yang amat sukar bagi nya untuk memberi kata putus…
“why not we share our fb n other social network??’’
“apa?..perlukah…rasa rimas la..ingat senangkah dikongkong macam itu..fikirlah betul betul..”

Tergamam setelah apa yang diucapkan..aku tersentak..itulah pertama kali aku merasa seperti sesuatu yang buruk bakal terjadi.

Berminggu minggu sudah..hatiku diselubung rasa ingin tahu..perasaan yang bercampur baur kian membuak di dalam hatiku..
Walaubagaimanapun.kepercayaan ku tetap teguh kerana aku perlu bersabar menanti apakah yang bakal terjadi.

Hari berikutnya..tanpa diduga. Si dia dengan rasa yakin dan rela sanggup berkongsi apa apa laman social.pada masa itu..perasaan yang teramat suka dan teruja memerangkap hatiku..hubungan kian menyerlah bak di surga…

“ingat!..saya bagi ini semua bukan untuk memberi kebebasan kepada kamu untuk edit apa apa maklumat..”
“ok bos..dont worry..”
“eleh..aok ajak la..”..kata kata yang terungkap di bibir nya..

Selang beberapa minggu..kejadian mula menyelubungi hidupku...tanpa ku duga.si dia tanpa sebarang sebab menukar semula password..
Aku pada mulanya tidak syak apa apa….dengan perasaan yang teramat kecewa..ku bersama dengan naluri bercampur baur..

“why must u do like that?.is there anything I’ve done wrong..why so suddenly change?”
“ahh..rimaslah..ingat senangkah hidup dikongkong?!!..fikirlah..dah lah semua privacy ku diambil..”
“urm..”..tergamam aku terpaku sebentar..

“apa semua ni?..tetiba..please dear..”
“dah lah..malas mahu fikir hal hal ini semua…sakit kepala ku fikir benda ni semua.”
“urm..ok lah..kalau itu yang kamu mahu..aku turuti…’’..

kekecewaan yang tak terungkap di dalam hatiku..si dia bagai mula menunjuk belang asal nya…

fikiran aku mula bercelaru….dan akhirnya ku memutuskan untuk memadam semula lama social aku..saat itu..ku hidup ku mula sepi,..hilang semua rasa kasih sayang, rasa dicintai…dalam masa yang sama..aku berusaha untuk mengubati rasa kecewa yang teramat sangat..

sampaikan perasaan marahku mula membuak buak dan melepaskan rasa geram ke atasnya….
Walaupun begitu, tergerak hatiku untuk berubah menjadi yang terbaik buatnya…memohon kemaafan seikhlas yang boleh daripadanya…

saat itu, ku mula merasa yang cintaku padanya dalam dan kesetiaanku tidak pernah luntur..

~Continue Part 3~

Cinta 3 Segi Story Novel Part 1

Dipetang yang sangat indah, ku melayari laman web facebook yang ku join beberapa bulan.. atiku pada waktu itu teringin untuk memiliki seorang teman wanita..tanpa disedari atiku tergerak untuk mencari teman hidup tanpa mengira paras rupa..
Yang ku inginkan ialah seorang wanita yang betul-betul mampu memberi kasih sayang dan menerima aku seadanya…dan tergerak untuk mencari gadis dari kampong..akhirnya ku terlihat profile seorang perempuan dan atiku merasa yang si dia ada sesuatu keistimewaan…pada mulanya, aku hanya menghantar wall post..
selang beberapa minggu..
Kami berdua buat pertama kalinya berchatting..

…”hai, awak ni single kah? Kenapa status dipaparkan sebagai single”
“ya, betul..single”..
”boleh saya reserve..nanti saya chop pada dahi kamu bahawa saya sudah sah menjadi teman lelaki kamu”….
”eleh..chop la kalau berani”
“ok.sudah saya chop..tengok kat dahi kamu..kan ada tanda chop..hehehe”

Pada mulanya aku ragu ragu denga tindakan melulu tersebut..dan mula berfikir adakah keadaan ini hanya sekadar main main sahaja…dan tanpa diduga, jawapannya..
“betulkah mahu jadi pasangan kekasih?..ini bukan maian-mainkah?”
“betul.serius”..

Pada mulanya, aku tidak menyangka yang kami betul betul menjadi pasangan kekasih. Tapi akhirnya, kami menjadi pasangan kekasih dan sering menghantar mesej..kadang kadang membuat panggilan telefon…saat itu, semua bagai berada disurga..sampaikan di laman facebook.status bertukar dari single kepada in relationship..

Saat dalam panggilan..tiba-tiba tergerak hati untuk memikirkan nama panggilan diantara kami berdua..
“urm..macam nama saya hendak panggil kamu nanti. Boleh bagi cadangan?”
“saya pun tak tahu macam nama..ikut saja pada pendapat kamu”
“aduhh..urmm..ok la..macam ini sahaja la..apa kata saya panggil kamu dengan panggilan dear?..dan kamu boleh panggil saya bie.”
“bie?.apa tu?..boleh juga.nampak romantic”
“bie itu singkatan bagi hubby..kan lebih sesuai”
“ok la bie..hehe..boleh juga..romantik.”
Itulah saat pertamanya panggilan diantara kami. Hubungan kami berterus dari satu bulan kepada dua bulan dan tiga bulan…

Dan sepanjang tempoh itu, kami hanya bermesej dan kadang kadang membuat panggilan telefon. Pada suatu hari, si dia memberi cadangan supaya membeli nombor telefon digi, iaitu digi campus.
Sebelum ini, kami berdua menggunakan perkhidmatan celcom..mula mulanya aku tidak terfikir untuk menukar perkhidmatan telefon celcom kerana aku sudah menggunakan perkhidmatan celcom sejak aku mula memiliki telefon bimbit. Selain itu, aku merasa sayang hendak berpindah ke digi.

Oleh kerana cinta yang mendalam dan hasil dari pujukannya..aku pun membeli pek sim digi campus.
“ok dear, saya dah pun beli kad sim digi campus ni”
“hehe..alala..bagus la bie..boleh la setiap hari call.kan guna rm2 saja dan lepas itu boleh call free”
“eleh..ok la dear..tapi perlu tunggu kad sim aktif.tadi tuan kedai kata berkemungkinan lambat aktif sebab ada masalah dengan sistem”
“owhh..ok ok..kalau dah aktif nanti call.dear tunggu.”
“ok. Dear..muahh..”

Dan selepas dari hari itu.boleh dikatakan setiap hari kami berdua berpanggilan telefon. Tidak sah kalau tidak membuat panggilan telefon..

Hari berganti..malam bertukar siang..pada suatu hari itu..hati aku tergerak untuk mengetahui password laman facebook si dia dan salah satu laman web sosial..
“dear, betulkah ini passwordnya?..nanti bie cuba buka”
“betullah..perlukah tahu password dan email ni bie..macam privacy dirampas jak”
“ala dear ni…bukannya apa..Cuma untuk check saja..”
“ok la..tapi jangan kacau apa apa yang terdapat disitu ya”
“ok bos..don’t worry.bie janji”..

~Continue Part 2~

Followers

Template by:
Free Blog Templates