^ About Me, My Life, My World, My Love ^


1234 – Plain White T’s Music Code

i'm not a gud person..i'm oso not a bad guy..
if u noe me better.den u'll noe me more..
i wil b gud if u gud to me..
n i wil b more bad if u bad to me..
im Deggie Terbee..my birth date is 17 january 1990..im purely iban from Lundu..im a god lover.i love my God and proud to be Christian.Jesus Christ..


i love my dear so much..she iz my everything..miz u so much dear..my lif3 is so wonderful wif u..we start couple on 9 may 2010..hopely our relationship will be long last,..
♥ sandra mitz ♥


24 Mar 2010

Cinta 3 Segi Story Novel Part 1

Dipetang yang sangat indah, ku melayari laman web facebook yang ku join beberapa bulan.. atiku pada waktu itu teringin untuk memiliki seorang teman wanita..tanpa disedari atiku tergerak untuk mencari teman hidup tanpa mengira paras rupa..
Yang ku inginkan ialah seorang wanita yang betul-betul mampu memberi kasih sayang dan menerima aku seadanya…dan tergerak untuk mencari gadis dari kampong..akhirnya ku terlihat profile seorang perempuan dan atiku merasa yang si dia ada sesuatu keistimewaan…pada mulanya, aku hanya menghantar wall post..
selang beberapa minggu..
Kami berdua buat pertama kalinya berchatting..

…”hai, awak ni single kah? Kenapa status dipaparkan sebagai single”
“ya, betul..single”..
”boleh saya reserve..nanti saya chop pada dahi kamu bahawa saya sudah sah menjadi teman lelaki kamu”….
”eleh..chop la kalau berani”
“ok.sudah saya chop..tengok kat dahi kamu..kan ada tanda chop..hehehe”

Pada mulanya aku ragu ragu denga tindakan melulu tersebut..dan mula berfikir adakah keadaan ini hanya sekadar main main sahaja…dan tanpa diduga, jawapannya..
“betulkah mahu jadi pasangan kekasih?..ini bukan maian-mainkah?”
“betul.serius”..

Pada mulanya, aku tidak menyangka yang kami betul betul menjadi pasangan kekasih. Tapi akhirnya, kami menjadi pasangan kekasih dan sering menghantar mesej..kadang kadang membuat panggilan telefon…saat itu, semua bagai berada disurga..sampaikan di laman facebook.status bertukar dari single kepada in relationship..

Saat dalam panggilan..tiba-tiba tergerak hati untuk memikirkan nama panggilan diantara kami berdua..
“urm..macam nama saya hendak panggil kamu nanti. Boleh bagi cadangan?”
“saya pun tak tahu macam nama..ikut saja pada pendapat kamu”
“aduhh..urmm..ok la..macam ini sahaja la..apa kata saya panggil kamu dengan panggilan dear?..dan kamu boleh panggil saya bie.”
“bie?.apa tu?..boleh juga.nampak romantic”
“bie itu singkatan bagi hubby..kan lebih sesuai”
“ok la bie..hehe..boleh juga..romantik.”
Itulah saat pertamanya panggilan diantara kami. Hubungan kami berterus dari satu bulan kepada dua bulan dan tiga bulan…

Dan sepanjang tempoh itu, kami hanya bermesej dan kadang kadang membuat panggilan telefon. Pada suatu hari, si dia memberi cadangan supaya membeli nombor telefon digi, iaitu digi campus.
Sebelum ini, kami berdua menggunakan perkhidmatan celcom..mula mulanya aku tidak terfikir untuk menukar perkhidmatan telefon celcom kerana aku sudah menggunakan perkhidmatan celcom sejak aku mula memiliki telefon bimbit. Selain itu, aku merasa sayang hendak berpindah ke digi.

Oleh kerana cinta yang mendalam dan hasil dari pujukannya..aku pun membeli pek sim digi campus.
“ok dear, saya dah pun beli kad sim digi campus ni”
“hehe..alala..bagus la bie..boleh la setiap hari call.kan guna rm2 saja dan lepas itu boleh call free”
“eleh..ok la dear..tapi perlu tunggu kad sim aktif.tadi tuan kedai kata berkemungkinan lambat aktif sebab ada masalah dengan sistem”
“owhh..ok ok..kalau dah aktif nanti call.dear tunggu.”
“ok. Dear..muahh..”

Dan selepas dari hari itu.boleh dikatakan setiap hari kami berdua berpanggilan telefon. Tidak sah kalau tidak membuat panggilan telefon..

Hari berganti..malam bertukar siang..pada suatu hari itu..hati aku tergerak untuk mengetahui password laman facebook si dia dan salah satu laman web sosial..
“dear, betulkah ini passwordnya?..nanti bie cuba buka”
“betullah..perlukah tahu password dan email ni bie..macam privacy dirampas jak”
“ala dear ni…bukannya apa..Cuma untuk check saja..”
“ok la..tapi jangan kacau apa apa yang terdapat disitu ya”
“ok bos..don’t worry.bie janji”..

~Continue Part 2~

0 comments:

Followers

Template by:
Free Blog Templates